“Polis juga telah merekodkan keterangan lebih 10 individu berkaitan kes ini. Pemilik kedai tersebut dibebaskan dengan jaminan polis petang semalam,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Beliau bercakap kepada media selepas majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas jawatan Ketua Polis Pulau Pinang antara Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, Datuk Azizee Ismail yang dilantik sebagai Ketua Polis Negeri yang baharu, dan Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin.
Terdahulu, polis memaklumkan penahanan lelaki berkenaan dibuat bagi membantu siasatan selepas menerima 16 laporan berhubung insiden yang mencetuskan pelbagai reaksi masyarakat.
Mengulas lanjut, Anuar berkata, kertas siasatan insiden tular itu telah diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR) hari ini untuk tindakan lanjut. – MYBERITA








