Penyanyi Gangnam Style Psy disiasat polis, terima ubat secara haram

SEOUL – Penyanyi rap terkenal Korea Selatan, Psy sedang disiasat polis selepas didakwa melanggar undang-undang perubatan kerana menerima preskripsi ubat psikotropik melalui pihak ketiga tanpa rawatan bersemuka.

Menurut laporan Agensi Berita Yonhap, Balai Polis Seodaemun Seoul mengesahkan siasatan terhadap Psy atau nama sebenarnya Park Jae-sang, 47, serta seorang doktor hospital universiti yang terlibat.

Psy didakwa memperoleh preskripsi untuk ubat psikotropik jenis Xanax dan Stilnox dari sebuah hospital universiti sejak 2022 hingga baru-baru ini tanpa hadir ke hospital.

Sebaliknya, beliau dipercayai meminta pengurus dan pihak ketiga lain mengambil ubat tersebut bagi pihaknya.

Polis mula mengesan perkara mencurigakan itu selepas menerima maklumat sebelum menyerbu hospital universiti berkenaan bagi mendapatkan rekod perubatan berkaitan.

Berdasarkan undang-undang semasa di Korea Selatan, preskripsi melalui wakil adalah dilarang.

Ubat jenis Xanax dan Stilnox lazim digunakan bagi merawat keresahan, kemurungan dan gangguan tidur, namun diketahui berisiko tinggi menyebabkan ketagihan, sekali gus memerlukan pemeriksaan perubatan secara bersemuka.

Bagaimanapun, doktor yang merawat Psy menafikan tuduhan terbabit dan mendakwa beliau memberikan rawatan jarak jauh.

Agensi pengurusan Psy, P Nation, dalam kenyataannya pada Khamis mengakui terdapat kes di mana ubat tidur itu diterima melalui pihak ketiga, namun menolak dakwaan preskripsi wakil.

“Psy telah didiagnosis dengan gangguan tidur kronik dan hanya mengambil ubat seperti yang ditetapkan oleh doktor. Walaupun pihak ketiga ada menerima ubat itu dalam beberapa keadaan, tiada preskripsi wakil berlaku,” jelas agensi tersebut.

Sementara itu, Psy turut tampil memohon maaf kerana menerima ubat melalui wakil, namun menegaskan beliau tidak pernah melanggar undang-undang dengan mendapatkan preskripsi secara haram.

Kes berkenaan kini masih dalam siasatan pihak polis.

BACA JUGA:  Kena tampar punca pelajar bergaduh depan sekolah, 15 individu di tahan
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...