Isnin | 21/09/2026 | 11:50:49 am
HomePendidikanKeputusan kemasukan Universiti Awam lepasan STPM/Setaraf diumum Jumaat

Keputusan kemasukan Universiti Awam lepasan STPM/Setaraf diumum Jumaat

KUALA LUMPUR – Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf untuk Sesi Akademik 2025/2026 akan diumumkan Jumaat ini.

RINGKASAN BERITA
  • Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan, semakan boleh dibuat mulai jam 12 tengah hari pada hari tersebut sehingga 14 September, jam 5 petang melalui pautan…
  • Calon yang berjaya perlu membuat pengesahan sama ada setuju terima atau menolak tawaran mulai 6 hingga 14 September di laman web UA masing-masing.
  • Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA mulai 6 September selepas pengesahan dibuat.
  • Bagi pemohon yang tidak berjaya, permohonan rayuan boleh dikemukakan melalui UPUOnline dalam tempoh 10 hari iaitu dari 5 September, jam 12 tengah hari sehingga…
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan, semakan boleh dibuat mulai jam 12 tengah hari pada hari tersebut sehingga 14 September, jam 5 petang melalui pautan https://upu.mohe.gov.my atau menerusi aplikasi mudah alih UPUPocket di telefon pintar.

Calon yang berjaya perlu membuat pengesahan sama ada setuju terima atau menolak tawaran mulai 6 hingga 14 September di laman web UA masing-masing.

Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA mulai 6 September selepas pengesahan dibuat.

Bagi pemohon yang tidak berjaya, permohonan rayuan boleh dikemukakan melalui UPUOnline dalam tempoh 10 hari iaitu dari 5 September, jam 12 tengah hari sehingga 14 September, jam 5 petang. – MYBERITA

Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
Sebahagian daripada warga editorial MYBERITA yang membantu menyampaikan perkembangan terkini kepada pembaca menerusi platform digital.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 21 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|