Ernie Zakri rangkul bintang paling popular ABP37, raih lebih 124 juta undian

KUALA LUMPUR – Penyanyi tersohor, Ernie Zakri melakar sejarah baharu apabila diumumkan sebagai Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di sini, semalam.

Pemilik nama penuh Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, itu berjaya meraih undian tertinggi melebihi 124 juta undian sepanjang tempoh pengundian yang dibuka bermula September lalu, sekali gus membuktikan sokongan padu peminat terhadap kerjaya seninya.

Kemenangan tersebut melayakkan Ernie membawa pulang trofi utama berserta wang tunai RM30,000.

Dalam nada sebak, pelantun lagu Masing Masing itu menzahirkan rasa syukur dan terharu atas pengiktirafan yang diterima.

“Ya Allah, saya tak pernah jangka. Terima kasih kepada semua yang mengundi. Jauh dari sudut fikiran nak dapat anugerah ini. Saya hargai sokongan semua dan doakan agar saya dapat lakukan yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya kepada MYBERITA.

Pada malam penuh gemilang itu, Ernie turut merealisasikan impian lamanya apabila memenangi kategori Penyanyi Wanita Popular, sekali gus menambah satu lagi pencapaian penting dalam kerjaya seninya.

Sementara itu, Sweet Qismina dan Fattah Amin masing-masing dinobatkan sebagai Aktres Filem Popular dan Aktor Filem Popular.

Bagi kategori Penyampai Radio Popular, penyanyi berpengalaman Haiza mencuri tumpuan apabila merangkul trofi pertamanya, menewaskan pencabar lain termasuk DJ Lin, AG, Cik Piah dan DJ Sonic.

Kumpulan legenda KRU pula membuktikan keunggulan mereka dalam industri muzik apabila memenangi kategori Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular, sekali gus mengetepikan saingan terdekat seperti Dolla dan mengukuhkan status artis senior yang kekal relevan selepas lebih tiga dekad.

Manakala kumpulan ikonik Alleycats, yang terkenal dengan lagu Sampaikan Salam Cintaku, menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat sebagai penghargaan terhadap sumbangan besar mereka dalam dunia seni tanah air sejak lebih lima dekad lalu.

BACA JUGA:  AC Mizal terima permohonan maaf Ajai, isu hak cipta lagu 4U2C selesai cara baik

Bertemakan “Satu Keunggulan”, ABP37 berlangsung dengan meriah di Hotel Premiera dan dihoskan oleh Raja Azura serta Shiha Zikir, menyaksikan kejayaan dan pengiktirafan buat penggiat seni yang terus mewarnai industri hiburan negara.

Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...