Trafik sesak di beberapa lebuh raya utama

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama di seluruh negara dilaporkan masih bergerak perlahan sejak semalam sehingga petang ini berikutan kerja penyelenggaraan, pembersihan jalan serta insiden kenderaan rosak.

Menurut kemas kini Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat jam 1.02 tengah hari, kesesakan dikesan di beberapa lokasi di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) melibatkan kedua-dua arah perjalanan.

Bagi arah utara, trafik perlahan dilaporkan dari Bukit Beruntung ke Bukit Tagar susulan kerja penyelenggaraan yang melibatkan penutupan lorong kanan. Kesesakan turut berlaku dari Tapah ke Gopeng akibat kerja pembersihan median jalan.

Selain itu, aliran trafik juga bergerak perlahan dari Bertam ke Sungai Dua, Permatang Pauh ke Perai, Persimpangan Juru ke Plaza Tol Juru serta Jawi ke Bandar Baharu. Kesesakan turut dilaporkan dari Changkat Jering ke Kuala Kangsar berikutan sebuah treler rosak di Kilometer (KM) 230 yang menghalang lorong kecemasan dan lorong kiri.

Sementara itu, bagi Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, trafik perlahan dikesan di Setia Tropika ke Pasir Gudang melibatkan kedua-dua arah perjalanan. Kesesakan turut dilaporkan dari Senawang ke Port Dickson arah utara serta Simpang Renggam ke Kulai arah selatan akibat lori rosak yang menghalang lorong kiri di KM31.8.

Di selatan tanah air, aliran trafik tinggi turut direkodkan di Tambak Johor dari Johor Bahru ke Woodlands, selain Lebuh Raya Hubungan Kedua Malaysia–Singapura dari Tuas ke Kompleks CIQ Sultan Abu Bakar.

Bagi kawasan Lembah Klang, trafik perlahan dilaporkan di Lebuh Raya Elite dari USJ ke Shah Alam serta Lebuh Raya Kuala Lumpur–Karak dari MRR2 ke Plaza Tol Gombak dan Gombak ke Genting Sempah susulan kerja penyelenggaraan. Kesesakan turut dikesan di Lebuh Raya Damansara–Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE).

BACA JUGA:  Pelajar UniKL tak sempat balik rumah, maut nahas kemalangan motosikal

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal, mematuhi arahan papan tanda serta mendapatkan maklumat trafik terkini melalui saluran rasmi LLM bagi mengelakkan kelewatan.

Sumaiyah Safiah
Sumaiyah Safiah
saf@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...