Jijik! Restoran di Seremban didakwa ‘cuci semula’ sisa makanan pelanggan

SEREMBAN – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Negeri Sembilan mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan sebuah restoran menggunakan semula sisa makanan pelanggan untuk dihidangkan pada keesokan hari.

Pengarah JKN Negeri Sembilan, Dr. Zuraida Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan dakwaan itu pada pukul 1 tengah hari tadi.

Menurut beliau, sejurus laporan diterima, arahan telah dikeluarkan kepada pegawai berkaitan untuk turun ke lokasi terlibat bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Saya telah pun meminta pegawai berkaitan turun ke lokasi dan siasatan sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan tindakan seorang pekerja restoran yang didakwa mencuci dan mengasingkan lebihan makanan pelanggan untuk digunakan semula, sekali gus mencetuskan kemarahan orang ramai.

Individu yang dikenali sebagai Silohna King mendakwa, beliau menyaksikan kejadian itu pada pukul 12.18 tengah malam di bahagian belakang premis berkenaan.

Menurutnya, beliau melihat seorang pekerja mencuci sisa makanan termasuk daging ayam, daging kambing dan tauhu yang dipercayai lebihan daripada pelanggan sebelum diasingkan ke dalam dulang.

Susulan penularan video itu, orang ramai menyuarakan kebimbangan terhadap tahap kebersihan dan keselamatan makanan, selain menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas sekiranya dakwaan tersebut didapati benar.

JKN Negeri Sembilan memaklumkan, tindakan sewajarnya akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada sekiranya hasil siasatan mengesahkan berlakunya pelanggaran peraturan keselamatan makanan.

BACA JUGA:  Izara Aishah tegur produksi Dewi Remaja sebab kongsi video...
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...