Lebih ramai dalam ‘radar’, perangi rasuah tanpa kompromi

KONGSI

KUALA LUMPUR – Sultan Ibrahim menzahirkan amaran bahawa lebih ramai individu kini berada dalam ‘radar’ Seri Paduka Baginda dalam misi memerangi rasuah tanpa kompromi di semua jabatan serta agensi kerajaan.

Seri Paduka Baginda bertitah, rasuah merupakan satu bentuk pengkhianatan terhadap amanah rakyat dan tidak akan sama sekali ditoleransi dalam pentadbiran negara.

“Jangan ingat memerangi rasuah ini hanya bertumpu pada segelintir jabatan atau mereka yang memberi dan menerima. Berhati-hati juga mereka di Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan pelbagai lagi. Tidak terlepas juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN