PPIM nafi GEM di bawah naungan, tegas tiada sebarang kaitan

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menasihati orang ramai agar tidak terpedaya dengan sebarang dakwaan yang menyatakan bahawa Gabungan Ehailing Malaysia (GEM) berada di bawah naungan atau payung persatuan itu.

Dalam satu kenyataan, PPIM memaklumkan semakan terkini mendapati status pendaftaran GEM masih kekal sebagaimana tahun lalu iaitu sebagai sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan Akta Pertubuhan 1966, menjadi satu kesalahan untuk menjalankan aktiviti sebagai sebuah pertubuhan tanpa pendaftaran yang sah.

“Pihak GEM bukan merupakan gabungan di bawah naungan PPIM dan tidak pernah mewakili persatuan ini dalam mana-mana urusan atau aktiviti.

“Kami mengambil maklum bahawa sehingga kini masih terdapat kekeliruan dalam kalangan segelintir pihak yang beranggapan GEM mempunyai kaitan dengan pihak kami.

“Bagi mengelakkan sebarang salah faham yang berterusan, ingin ditegaskan bahawa PPIM tiada sebarang kaitan mahupun hubungan rasmi dengan GEM,” menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan berkenaan, penjelasan tersebut penting bagi memastikan ketelusan identiti setiap organisasi selain mengelakkan implikasi yang boleh menimbulkan kekeliruan pada masa hadapan.

“PPIM sentiasa menghormati usaha mana-mana pihak dalam memperjuangkan nasib komuniti, namun penjelasan ini perlu dibuat demi menjaga kepentingan dan kejelasan peranan masing-masing agar tidak timbul implikasi pada masa hadapan.

“Diharapkan penjelasan ini dapat menjernihkan keadaan bagi semua pihak yang terlibat,” katanya. -MYBERITA

BACA JUGA:  Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar - Ayob Khan
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...