Jojo terkandas di Mekah, gunakan peluang beribadah lebih lama

KUALA LUMPUR – Situasi terkandas di Tanah Suci ternyata tidak melemahkan semangat atlet Muay Thai negara, Johan Ghazali Zulfikar.

Keadaan itu berlaku susulan ketegangan di Asia Barat selepas serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran, sekali gus menjejaskan rakyat Malaysia yang sepatutnya pulang dari Lapangan Terbang Sultan Abdulaziz, Jeddah.

“Sapa ada pesawat peribadi, roger sikit,” selorohnya di Instagram semasa menunggu kepastian bersama keluarga di Mekah.

“Masa yang tepat, sepatutnya terbang balik esok,” kata Johan, yang mesra disapa Jojo. Namun, dia melihat hikmah di sebalik dugaan tersebut apabila dapat menambah masa beribadah di Tanah Suci.

“Perancangan Allah. Dapat luang masa lebih lama di sini (Makkah),” jelasnya, sambil menambah bahawa dia turut menggunakan masa itu untuk melakukan latihan bagi mengekalkan tahap kecergasannya.

“Penerbangan dibatalkan lima jam, tapi Alhamdulillah berjaya dapat penerbangan lain. Doakan jemaah lain,” katanya.

“Cuma Saudi Airlines sahaja yang masih terbang, airlines lain semua ‘cancel’.”

Beberapa syarikat penerbangan menghentikan operasi buat sementara untuk keselamatan, tetapi nasib memihak kepada pemanah wanita negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh, yang berjaya menempah penerbangan lain untuk pulang. – MYBERITA

BACA JUGA:  Ruang udara bergolak, Zhiddin Aziz antara jemaah Malaysia terkandas
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...