Kecoh waktu sahur, tuduhan curi motosikal punca ‘mat motor’ bergaduh

KONGSI

MELAKA – Tuduhan bahawa seorang lelaki menjadi punca seorang remaja ditahan polis kerana kes curi motosikal dipercayai menjadi pencetus pergaduhan antara dua kumpulan penunggang motosikal yang tular di media sosial di Tangga Batu awal pagi tadi.

Ketua Polis Melaka, Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4 pagi di tepi Jalan Tangga Batu berhampiran Masjid Ar-Rabbani.

Menurutnya, insiden tersebut turut dirakam oleh orang awam sebelum video pergaduhan itu tersebar di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN