Sijil halal terpampang jelas, Ernie Zakri nafi makan di premis tak halal

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal, Ernie Zakri menafikan dakwaan kononnya tidak peka dalam memilih premis makanan halal ketika beraya di Melaka baru-baru ini.

Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, menjelaskan bahawa restoran yang dikunjunginya memaparkan sijil halal bersaiz besar dan jelas, sekali gus menepis tuduhan segelintir netizen.

Menerusi perkongsian di Threads, Ernie memaklumkan bahawa dia telah memastikan status premis makanan berkenaan sebelum menikmati hidangan.

“Terpampang besar dekat kedai dia sijil halal, insya-Allah,” katanya.

Terdahulu, Ernie berkongsi momen menikmati hidangan di sebuah restoran di Melaka ketika pulang beraya pada hari kedua Aidilfitri.

“Raya kedua balik Melaka, singgah tempat makan paling seronok,” ujarnya.

Bagaimanapun, hantaran tersebut menerima kecaman seorang pengguna media sosial yang menuduhnya makan di restoran tidak halal selain menggesa orang ramai memboikot artis dan pempengaruh yang didakwa tidak peka terhadap isu halal.

“Tolong boikot artis dan pempengaruh yang tak cakna isu halal macam ini,” kata seorang pengguna. 

Susulan itu, penjelasan Ernie dilihat sebagai usaha memperbetulkan persepsi selain menegaskan kepentingan memastikan status halal sesuatu premis sebelum membuat sebarang tuduhan. -MYBERITA

BACA JUGA:  "Family diminta standby…" Amyza rayu satu Malaysia doakan anaknya
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...