Isnin | 21/09/2026 | 2:19:03 pm
HomeHiburan'Wanita luar biasa’, Shuib hargai pengorbanan Watie, selamat timang bayi perempuan

‘Wanita luar biasa’, Shuib hargai pengorbanan Watie, selamat timang bayi perempuan

KUALA LUMPUR – Pelawak terkenal, Shuib Sepahtu meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Watie Hanifiah, selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada Isnin.

RINGKASAN BERITA
  • Dalam masa sama, Shuib turut menyifatkan isterinya sebagai seorang wanita yang sangat luar biasa kerana melalui proses kelahiran dengan tabah.
  • Beliau juga bersyukur segala urusan dipermudahkan serta berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan keluarganya.
  • Kelahiran bayi yang digelar AJZ itu menambah lagi kebahagiaan dalam keluarga Shuib, sekali gus menerima ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti di media…
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.

Menerusi satu perkongsian di platform Instagram, Shuib memaklumkan bayi perempuan mereka dilahirkan tepat pada pukul 3.47 petang.

“Alhamdulillah, Isnin, 6 April 2026, tepat pukul 3.47 petang lahirnya puteri daddy dan mummy,” tulisnya ringkas namun penuh bermakna.

Dalam masa sama, Shuib turut menyifatkan isterinya sebagai seorang wanita yang sangat luar biasa kerana melalui proses kelahiran dengan tabah. Beliau juga bersyukur segala urusan dipermudahkan serta berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan keluarganya.

“Terima kasih sayang, jadi seorang wanita yang sangat luar biasa! Alhamdulillah semuanya cukup senang dan dipermudahkan.

“Perancangan Allah luar biasa, kita reda, kita tawakal dan bersyukur selalu. Terima kasih yang mendoakan kami sekeluarga. Selamat datang #AJZ #pershuibofhappyness,” ujarnya lagi.

Kelahiran bayi yang digelar AJZ itu menambah lagi kebahagiaan dalam keluarga Shuib, sekali gus menerima ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti di media sosial. – MYBERITA – MYBERITA

Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITAhttps://portalmyberita.com/
Wartawan MYBERITA membawakan laporan berita semasa, nasional dan perkembangan terkini dari seluruh Malaysia dengan penyampaian yang pantas, tepat dan mudah difahami.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 21 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|