Selasa | 22/09/2026 | 1:38:27 am
HomeHiburanGuna nama dan gambar artis untuk menipu, Intan Najuwa minta netizen waspada

Guna nama dan gambar artis untuk menipu, Intan Najuwa minta netizen waspada

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Intan Najuwa tampil memberikan peringatan kepada orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan akaun palsu yang menyamar menggunakan nama serta gambarnya di media sosial.

RINGKASAN BERITA
  • Menerusi satu perkongsian di platform Threads, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid mendedahkan terdapat beberapa akaun tidak sah yang cuba mengambil kesempatan…
  • Menurut pelakon drama Jodohku Babysitter itu, akaun rasmi miliknya boleh dikenal pasti melalui tanda pengesahan (blue tick), manakala akaun lain yang menggunakan identitinya adalah…
  • Dalam masa sama, beliau turut menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati, khususnya dalam urusan melibatkan transaksi kewangan secara dalam talian.
  • Sejak kebelakangan ini, isu akaun palsu yang menggunakan identiti selebriti dilihat semakin berleluasa.
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.

Menerusi satu perkongsian di platform Threads, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid mendedahkan terdapat beberapa akaun tidak sah yang cuba mengambil kesempatan melakukan aktiviti penipuan sehingga mengelirukan ramai pihak.

Menurut pelakon drama Jodohku Babysitter itu, akaun rasmi miliknya boleh dikenal pasti melalui tanda pengesahan (blue tick), manakala akaun lain yang menggunakan identitinya adalah palsu.

“Jangan percaya mana-mana akaun palsu yang guna gambar atau nama saya. Akaun yang betul mesti ada blue tick. Selain itu bukan saya,” jelasnya.

Dalam masa sama, beliau turut menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati, khususnya dalam urusan melibatkan transaksi kewangan secara dalam talian.

“Jangan mudah kena scam. Sama ada orang nak bagi duit atau minta duit, termasuk penggunaan QR, fikir berkali-kali dahulu. Sekali pandang pun sepatutnya dah boleh kenal akaun itu palsu,” tambahnya lagi.

Sejak kebelakangan ini, isu akaun palsu yang menggunakan identiti selebriti dilihat semakin berleluasa. Antara artis tempatan lain yang turut menjadi mangsa termasuk Syafiq Kyle dan Mimi Lana.

Fenomena ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna media sosial kerana taktik penipuan semakin licik, sekali gus menuntut orang ramai agar lebih peka dan berwaspada dalam setiap interaksi atas talian. – MYBERITA – MYBERITA

Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITAhttps://portalmyberita.com/
Wartawan MYBERITA membawakan laporan berita semasa, nasional dan perkembangan terkini dari seluruh Malaysia dengan penyampaian yang pantas, tepat dan mudah difahami.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 22 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|