AI perlu sokong pembangunan negara, bukan ganti nilai kemanusiaan – Anwar

KONGSI

JEPUN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kecerdasan buatan (AI) perlu berfungsi untuk memenuhi keperluan sebenar pembangunan negara, sekali gus menyokong usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan awam dan produktiviti.

Beliau berkata, kemajuan teknologi AI tidak seharusnya dilihat secara terpisah daripada agenda pembangunan nasional, sebaliknya perlu dimanfaatkan secara berfokus dalam sektor utama seperti pendidikan, kesihatan, pertanian dan kejuruteraan.

“Keutamaan yang lebih baik ialah keupayaan untuk menentukan di mana AI harus digunakan, di mana ia perlu dihadkan dan di mana pertimbangan manusia mesti kekal diutamakan,” katanya ketika menyampaikan syarahan khas bertajuk Nilai Kemanusiaan Dalam Peradaban Manusia-Mesin di Universiti Tokyo yang disiarkan secara langsung di laman Facebooknya, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN