“Asalkan baik untuk rakyat kita buat,” Najib imbau pelancaran projek LRT3

"Asalkan baik untuk rakyat kita buat," Najib imbau pelancaran projek LRT3
Najib berkata, projek yang menghubungkan Bandar Utama ke Johan Setia itu dilancarkan ketika Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih menyandang jawatan Menteri Besar Selangor dan Timbalan Presiden PKR.
KONGSI

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengimbau semula pelancaran projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) pada Ogos 2016 sebagai contoh pendekatan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menurutnya mengutamakan kepentingan rakyat mengatasi perbezaan politik.

Najib berkata, projek yang menghubungkan Bandar Utama ke Johan Setia itu dilancarkan ketika Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih menyandang jawatan Menteri Besar Selangor dan Timbalan Presiden PKR.

“Kerajaan BN tidak berkira, tidak main politik dalam soal pembangunan. Asalkan projek baik untuk rakyat, kita buat,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN