ELSA Corp Masuk Malaysia, fokus baiki prestasi komunikasi di tempat kerja

ELSA Corp Masuk Malaysia, fokus baiki prestasi komunikasi di tempat kerja
Will Polese (kiri), Naib Presiden Hasil ELSA Corp, dan RA Thiagaraja, Pengasas serta Ketua Pegawai Eksekutif K Pintar Sdn Bhd, pada majlis pengenalan rasmi ELSA di Malaysia.
KONGSI

KUALA LUMPUR – Walaupun ramai tenaga kerja di Malaysia sudah fasih berbahasa Inggeris, masalah sebenar yang membantutkan prestasi organisasi kini bukan lagi penguasaan bahasa, sebaliknya keberkesanan komunikasi di tempat kerja, sekali gus membuka ruang kepada penyelesaian berasaskan kecerdasan buatan (AI) untuk berkembang di negara ini.

Situasi itu mendorong syarikat teknologi komunikasi AI dari San Francisco, ELSA Corp yang membangunkan platform pembelajaran bahasa Inggeris ELSA, memperluaskan operasi ke Malaysia bagi membantu pekerja meningkatkan keyakinan dan prestasi komunikasi dalam situasi profesional seperti mesyuarat, rundingan dan pembentangan.

ELSA Corp menegaskan pasaran Malaysia berbeza berbanding Vietnam dan Indonesia yang masih berdepan isu asas penguasaan bahasa Inggeris, sebaliknya negara ini lebih memerlukan latihan komunikasi berasaskan konteks kerja sebenar. Bagi tujuan itu, syarikat berkenaan melantik K-Pintar Sdn Bhd dan Cedar Tech Training Sdn Bhd sebagai rakan kongsi rasmi menerusi pemeteraian perjanjian pada 24 Jun 2026.

ARTIKEL BERKAITAN