Ahad | 11/10/2026 | 8:42:39 pm
HomeNasionalJerebuJerebu: Semua sekolah di KL ditutup, PdPR bermula hari ini

Jerebu: Semua sekolah di KL ditutup, PdPR bermula hari ini

KUALA LUMPUR – Murid di semua institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mulai Jumaat susulan penutupan sekolah akibat keadaan jerebu yang semakin membimbangkan.

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di dua stesen pemantauan, iaitu Cheras dan Batu Muda setakat jam 2 petang Khamis.

Menurut jabatan itu, langkah berkenaan turut selaras dengan ketetapan KPM serta titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang menzahirkan keprihatinan terhadap keselamatan dan kesihatan murid susulan keadaan jerebu yang melanda negara.

Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITAhttps://portalmyberita.com/
Wartawan MYBERITA membawakan laporan berita semasa, nasional dan perkembangan terkini dari seluruh Malaysia dengan penyampaian yang pantas, tepat dan mudah difahami.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Ahad, 11 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|