8.5 juta rakyat Malaysia bakal terima STR fasa 2, 24 Mac ini

PUTRAJAYA – Kerajaan akan menyalurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 bermula 24 Mac 2025 dengan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion, meningkat daripada RM1.5 bilion pada tahun sebelumnya.
Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada hampir 9 juta penerima, yang merangkumi 60% rakyat dewasa Malaysia, dengan jumlah bantuan maksimum sehingga RM650.
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa kerajaan komited dalam membantu rakyat menghadapi cabaran kos sara hidup, terutama menjelang sambutan Aidilfitri.
“Peningkatan peruntukan STR dan SARA pada tahun 2025 sebanyak RM3 bilion atau 30% kepada RM13 bilion adalah ikhtiar untuk meningkatkan martabat hidup rakyat secara saksama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pembayaran STR Fasa 2 akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima atau boleh dituntut secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Dalam usaha memastikan lebih ramai rakyat mendapat manfaat, kerajaan telah membuka pendaftaran STR 2025 sepanjang tahun. Pemohon yang tidak tersenarai dalam pangkalan data STR perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi dijalankan.

Maklumat lanjut mengenai semakan status kelayakan dan soalan lazim boleh didapati melalui Portal Rasmi STR di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.
BACA JUGA:  JKDM Pahang gagalkan cubaan seludup \'e-waste\' dan skrap logam bernilai RM4.4 juta
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...