Khamis, 16 Julai 2026
spot_img
Main Menu MYBERITA
Nasional31,000 veteran ATM terima bantuan sara hidup RM500 sebulan

31,000 veteran ATM terima bantuan sara hidup RM500 sebulan

Bantuan ini secara langsung dapat membantu veteran memiliki pendapatan sekaligus menyelesaikan masalah serta isu sosial dalam kalangan mereka. (Foto hiasan)


KUALA LUMPUR – Seramai 31,000 veteran termasuk yang tidak berpencen berusia 60 tahun ke atas menerima bantuan sara hidup sebanyak RM500 sebulan bagi membantu kehidupan mereka.
 
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, bantuan ini secara langsung dapat membantu veteran memiliki pendapatan sekaligus menyelesaikan masalah serta isu sosial dalam kalangan mereka.
 
Menurutnya, golongan veteran berpencen yang berada di bawah paras kemiskinan turut mendapat bantuan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).
 
“Bagi veteran yang tidak berpencen, kita telah memperkenalkan skim baharu untuk mereka yang berumur 60 tahun ke atas di mana bantuan sara hidup RM500 sebulan diberikan.
 
“Secara tidak langsung, kita dapat memastikan semua veteran kini mempunyai pendapatan untuk memulakan kehidupan seharian mereka, sama ada berpencen atau tidak berpencen,” katanya dalam Program Peduli Veteran Madani (PVM) dan Majlis Iftar bersama Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Selasa.
 
Beliau turut menjelaskan bahawa PVM diadakan bagi mendekati veteran ATM secara bersemuka dan mengenal pasti keperluan sebenar golongan tersebut.
 
“Selain itu, ia juga bertujuan mendapatkan maklum balas mengenai inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kementerian.
 
“Setakat ini, seramai 26 veteran iaitu masing-masing 15 dan 11 di Kuala Lumpur dan Selangor telah disantuni oleh pihak kami,” katanya.
 
Tambahnya, program PVM peringkat Lembah Klang ini khusus untuk mendekati veteran ATM di kawasan bandar bagi memahami cabaran kehidupan serta aspek kebajikan yang perlu diberi perhatian, terutamanya dari segi kesihatan. 

-Iklan-
ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-