‘Hey Raya’, lagu raya paling fresh tahun ini, wajib masuk playlist!
Oleh Adam Hafiz
Nfl jerseys In addition to our cheap NFL jerseys wholesale jerseys, we also offer wholesale custom NFL jerseys. Our custom jerseys can be designed to your exact specifications, including team logos, player names and numbers, and even custom designs. Our commitment to customer service means that our friendly and knowledgeable staff are always here to help you with any questions or concerns you may have. Welcome to our online shop specializing in cheap NFL jerseys! We are proud to offer a wide selection of high-quality jerseys at affordable prices. Whether you’re a die-hard fan of your favorite team or just looking for a great deal, our shop has something for everyone wholesale nfl jerseys.
KONGSI
Lagu ‘Hey Raya’ yang menampilkan penyanyi berbakat Syameer Azmi dan Muaz J. (Foto MYBERITA)
KUALA LUMPUR – Lagu ‘Hey Raya’ yang menampilkan penyanyi berbakat Syameer Azmi dan Muaz J hasil ciptaan duo komposer, Kelana Akira dan Shafieq Wahid ini berjaya menggabungkan elemen reggae dan R&B dengan susunan muzik moden serta lirik yang mudah diingati. Lagu ini dijangka menjadi antara karya luar biasa dalam senarai lagu raya tahun ini.
Muaz J (kiri) dan Syameer Azmi (kanan).
Cats Studio Sdn Bhd sekali lagi mencuri perhatian dengan single raya terbaru mereka yang membawa kisah perjalanan Syameer dan Muaz pulang ke kampung. Kegembiraan mereka disambut meriah oleh keluarga dan rakan-rakan, menggambarkan kemesraan dan semangat silaturahim yang menjadi tunjang utama sambutan Aidilfitri. Menurut Syameer, lagu ini bukan sahaja mencerminkan suasana ceria Hari Raya, malah menyampaikan mesej yang lebih mendalam. “Kami mahu membawa semangat raya yang lebih daripada sekadar hiburan – ia tentang kenangan, kasih sayang, dan persahabatan,” katanya. Muaz pula yakin bahawa lirik yang menyentuh hati serta melodi segar dalam ‘Hey Raya’ bakal menjadi pilihan ramai sepanjang Syawal nanti. “Dengan melodi yang fresh dan lirik yang menyentuh hati, kami yakin ‘Hey Raya’ bakal menjadi siulan ramai sepanjang Aidilfitri ini,” ujarnya. Para peminat muzik boleh menikmati lagu ‘Hey Raya’ di semua platform digital serta menonton muzik video rasmi di saluran YouTube Cats Studio. Jangan ketinggalan untuk merasai kemeriahan dan kehangatan lagu ini dalam menyambut Syawal tahun ini.
– MYBERITA
BERITA BERKAITANElla, Kaka Azraff meriahkan Rentak Budaya 2026 di Kuala LumpurGelagat bapa gigih rakam gambar anak di pantai curi perhatian warga mayaLelaki berbaju merah dipuji, halang individu didakwa rakam wanita dalam MRT“Jumpa ayah ketika sudah tiada”, Cik B luah rasa...