“Bukan harga yahudi!”, Ojen Aiwah pertahan harga kunafah di Singapura
Oleh Adam Hafiz
Nfl jerseys In addition to our cheap NFL jerseys wholesale jerseys, we also offer wholesale custom NFL jerseys. Our custom jerseys can be designed to your exact specifications, including team logos, player names and numbers, and even custom designs. Our commitment to customer service means that our friendly and knowledgeable staff are always here to help you with any questions or concerns you may have. Welcome to our online shop specializing in cheap NFL jerseys! We are proud to offer a wide selection of high-quality jerseys at affordable prices. Whether you’re a die-hard fan of your favorite team or just looking for a great deal, our shop has something for everyone wholesale nfl jerseys.
KONGSI
Ojen Aiwah tampil memberikan penjelasan mengenai kos perniagaannya ke Singapura.
KUALA LUMPUR – Selepas menerima kecaman hebat berhubung harga jualan kunafah di Singapura, pempengaruh media sosial dan usahawan, Ojen Aiwah tampil memberikan penjelasan mengenai kos perniagaannya di negara tersebut. Menerusi satu hantaran di Instagram Story (IGs), Ojen berkongsi secara terperinci perbelanjaan yang perlu ditanggungnya bagi membawa masuk perniagaan Kunafah Aiwah ke Singapura, termasuk kos sewa tapak, logistic serta kebajikan pekerja.
Foto Instagram Ojen Aiwah
“Memandangkan ramai yang bertanya, saya akan jelaskan. Apa yang saya kongsikan ini adalah kos untuk tapak saya sahaja, belum termasuk makan minum staf, penginapan dan kenderaan staf, logistik, serta suntikan vaksin kepada 41 orang staf,” jelasnya. Menurut Ojen, segala perbelanjaan itu dibayar menggunakan mata wang dolar Singapura (SGD), justeru, beliau tidak boleh menjual makanan tersebut dengan harga pasaran Malaysia. “Saya berniaga di Singapura, takkanlah saya nak jual ikut pasaran harga di Malaysia? Kenapa perlu ‘convert’ duit itu? Saya di sini untuk cari rezeki dan saya yakin orang Singapura ramai yang baik-baik.” Tambahnya, jika jualan kunafahnya habis terjual, barulah kos tersebut dapat ditampung semula, namun jika tidak, segala kerugian akan ditanggungnya sendiri. Ojen turut meminta orang ramai agar tidak membuat perbandingan antara harga kunafah di Malaysia dan Singapura memandangkan usaha membawa masuk perniagaan ke luar negara melibatkan kos yang tinggi. “Tolong jangan bandingkan kunafah Malaysia dan Singapura sebab kami datang jauh. Tolong ‘support’ kami semua,” katanya. Di akhir hantaran, Ojen berharap agar perniagaannya mendapat sambutan yang baik serta tiada lagi istilah ‘harga Yahudi’ digunakan bagi menggambarkan harga jualannya. “Saya harap orang faham. Saya bukan datang ke Singapura untuk untung besar semata-mata, tapi untuk kembangkan perniagaan dan memperkenalkan Kunafah Aiwah kepada lebih ramai orang. Jangan salah faham, kami bekerja keras di sini.” Terdahulu, Ojen menerima kecaman daripada segelintir netizen Singapura yang mendakwa harga jualannya terlalu tinggi, malah ada yang melabel harga tersebut sebagai ‘harga Yahudi’.
– MYBERITA
BERITA BERKAITANElla, Kaka Azraff meriahkan Rentak Budaya 2026 di Kuala LumpurGelagat bapa gigih rakam gambar anak di pantai curi perhatian warga mayaLelaki berbaju merah dipuji, halang individu didakwa rakam wanita dalam MRT“Jumpa ayah ketika sudah tiada”, Cik B luah rasa...