Joe Biden sah hidap kanser prostat agresif, sedang pertimbang rawatan

WASHINGTON — Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden disahkan menghidap kanser prostat jenis agresif yang telah merebak ke bahagian tulang, menurut kenyataan rasmi daripada pejabat beliau semalam.

Biden, 82, didiagnosis dengan penyakit itu pada Jumaat lalu selepas mengalami masalah kencing yang berlarutan dan penemuan nodul pada bahagian prostat.

“Walaupun ia mewakili bentuk penyakit yang lebih agresif, kanser ini sensitif kepada hormon, membolehkan rawatan secara berkesan. Biden dan keluarganya kini sedang meneliti pilihan rawatan yang ada,” kata kenyataan pejabatnya.

Kanser prostat merupakan jenis kanser yang paling lazim menyerang lelaki. Menurut Persatuan Kanser Amerika, satu daripada lapan lelaki di negara itu akan menghidap penyakit tersebut sepanjang hayat mereka.

Walaupun rawatan awal mampu memberikan hasil yang positif, kanser prostat tetap menjadi punca kedua tertinggi kematian akibat kanser dalam kalangan lelaki.

Antara rawatan utama termasuk terapi hormon yang bertujuan mengecilkan tumor dan memperlahankan pertumbuhan sel kanser. Bagaimanapun, rawatan ini bukanlah penawar mutlak.

Berita mengenai tahap kesihatan Biden turut mendapat perhatian Presiden AS kini, Donald Trump, yang merupakan seteru politik lamanya.

“Saya sedih mendengar berita ini. Kami menyampaikan ucapan selamat dan terbaik kami kepada Jill (isteri Biden) serta seluruh keluarga, dan mendoakan agar beliau segera sembuh,” kata Trump dalam satu kenyataan di laman Truth Social.

Biden yang meletakkan jawatan sebagai Presiden AS pada Januari lalu dikenang sebagai presiden tertua dalam sejarah negara itu. Kesihatannya telah menjadi perhatian ramai sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

BACA JUGA:  Produk ikan sejuk beku mengandungi DNA babi berjaya dirampas
Deepa
Deepa
deepa@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...