Bella beristighfar, enggan ulas dakwaan telah tunang dengan Syed Saddiq

KONGSI

SHAH ALAM – Penyanyi Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 31, memberikan respons “Astaghfirullahalazim” apabila ditanya tentang kabar angin pertunangannya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Bella menegaskan dia kini mahu fokus kepada anak-anak terlebih dahulu dan akan berkongsi apa-apa perkembangan di masa hadapan.

“Apa-apa nanti Bella beritahu,” katanya selepas majlis Roadtour Scor A + SPM PTTI di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN