18 individu dirakam keterangan bantu siasatan kes tembakan di Jalan Loke Yew

KONGSI

KUALA LUMPUR – Polis telah merakam keterangan daripada 18 individu bagi membantu siasatan berhubung insiden tembakan yang meragut nyawa dua lelaki tempatan di hadapan lobi sebuah kompleks beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras, pada Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Ridzuan Khalid berkata, siasatan masih giat dijalankan untuk mengenal pasti suspek terlibat dalam kejadian kejam tersebut.

“Setakat ini, kita telah merakam keterangan daripada 18 individu. Siasatan masih berjalan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN