Tiket konsert Hael hampir habis terjual, sambutan luar biasa peminat

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan komposer tersohor, Hael Husaini bakal merealisasikan impian mengadakan konsert sulungnya menerusi Hael Husaini & Repertoire yang dijadual berlangsung pada 8 Ogos depan, dengan menjanjikan malam penuh emosi dan memori buat para peminat.

Konsert yang bakal menyaksikan Hael bukan sahaja tampil sebagai penyanyi, malah sebagai produser dan komposer, akan menampilkan barisan penyanyi undangan terkenal, termasuk Dayang Nurfaizah, Wany Hasrita, Nadeera dan Nabila Razali.

Menurut Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi, 38, konsert tersebut turut memberi ruang kepada lebih ramai artis yang pernah menyanyikan lagu ciptaannya untuk bersama-sama berkongsi pentas.

“Kalau ikutkan, nama konsert ini adalah Hael Husaini & Repertoire, jadi semua lagu-lagu saya dan yang saya cipta akan libatkan ramai artis – ada yang sudah diumumkan dan ada juga yang masih belum didedahkan,” katanya ketika ditemui MYBERITA

Tambahnya lagi, dia bersikap terbuka untuk berkolaborasi dengan mana-mana penyanyi demi menghidupkan malam istimewa tersebut.

“Tak pernah ada masalah nak kongsi pentas. Bagi saya, ini adalah tentang meraikan karya – sebagai penyanyi, komposer dan juga produser. Malam itu saya nak kongsikan perjalanan hidup saya menerusi lagu-lagu yang saya cipta,” jelas penyanyi lagu Jampi itu.

Mengulas sambutan jualan tiket, Hael meluahkan rasa syukur apabila hampir 90 peratus tiket telah terjual sejak ia mula dibuka pada 3 Jun lalu.

“Sambutan sangat luar jangka. Sebelum ini pernah rancang konsert tetapi tak menjadi, jadi kali ini ibarat menebus kembali janji kepada peminat yang sekian lama menanti.

“Saya harap malam itu dapat memberikan satu kenangan yang tidak boleh dilupakan kepada semua,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hael turut berharap agar penganjuran konsert kali ini berjalan lancar selepas pernah berdepan pembatalan konsert Hael Husaini Live In KL yang sepatutnya berlangsung pada Februari tahun lalu atas faktor kesihatan.

BACA JUGA:  Potensi masih ada, Tok Naz minta Ariel Fesol diberi peluang kedua

“Saya dah ‘move on’ dengan apa yang berlaku sebelum ini. Itu bersama pengurusan lama. Untuk konsert kali ini bersama pengurusan baharu, kami akan cuba beri yang terbaik,” katanya.

Konsert Hael Husaini & Repertoire dijangka menjadi antara acara muzik yang paling dinanti peminat tempatan tahun ini, sekali gus menandakan fasa baharu dalam kerjaya seni Hael Husaini.

Lailatul Qadrina
Lailatul Qadrina
lailatulqadrina@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...