Suspek ambil kesempatan semasa mangsa seorang di rumah – Polis

SHAH ALAM – Seorang penganggur yang dipercayai membunuh penuntut wanita sebuah universiti swasta di Cyberjaya pada Selasa lalu dipercayai mempunyai niat tidak baik terhadap mangsa.

Perkara itu didedahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, yang memaklumkan bahawa suspek berusia 20-an itu bermalam di rumah mangsa selepas diberikan kunci dan kad akses unit kondominium berkenaan oleh kekasihnya, yang juga rakan serumah mangsa.

Katanya, ketika kejadian, lima lagi rakan serumah termasuk kekasih suspek tiada di rumah.

“Polis dapati kes ini lebih kepada suspek mengambil kesempatan ke atas mangsa yang tinggal bersendirian di apartmen itu.

“Suspek memang ada niat tidak baik terhadap mangsa ini.

\”Jadi, bila ada peluang pada waktu kejadian malam 24 Jun itu, dipercayai suspek telah mengambil kesempatan terhadap mangsa dengan memukul menggunakan objek sehingga menyebabkan kematian,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai maksud \’niat tidak baik\’ itu kerana perkara tersebut masih dalam siasatan pihak polis.

Menurut Hussein, berdasarkan keterangan awal daripada pakar patologi, tiada kesan menunjukkan sebarang aktiviti rogol terhadap mangsa.

“Namun, polis masih meneruskan siasatan untuk mengenal pasti sekiranya berlaku sebarang aktiviti seksual atau rogol,” katanya.

Sebelum ini, pihak media melaporkan seorang penuntut wanita, Maniishapriet Kaur Akhara, 20, dibunuh dengan kejam apabila kepalanya dihentak menggunakan objek tumpul sehingga mati sebelum mayatnya ditemui di sebuah rumah pada Selasa lalu.

BACA JUGA:  Polis rampas dadah cecair vape bernilai RM3.28 juta
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...