Hakim Besar Malaya galas tugas sementara Ketua Hakim Negara

KONGSI

PUTRAJAYA – Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim kini menjalankan kuasa dan tugas jawatan Ketua Hakim Negara secara pemangkuan sehingga jawatan itu diisi secara rasmi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan hari ini, pelantikan sementara itu adalah selaras dengan Perkara 131A Perlembagaan Persekutuan serta Seksyen 9(1)(b) dan Seksyen 9(3) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91].

Perkara 9(1) memperuntukkan bahawa sekiranya Ketua Hakim Negara tidak dapat menjalankan tugas disebabkan oleh penyakit, ketiadaan dari Malaysia atau sebab lain, atau sekiranya berlaku kekosongan jawatan, kuasa dan fungsi berkenaan boleh dijalankan oleh pegawai kehakiman lain seperti yang diperuntukkan.

ARTIKEL BERKAITAN