JAIS dan PDRM selaras siasatan kes motivasi eHATI berdasarkan undang-undang

KUALA LUMPUR – Dua individu yang pernah menyertai program motivasi eHATI akan dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) esok bagi membantu siasatan terhadap dakwaan penyimpangan akidah dalam program berkenaan yang tular baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, kehadiran kedua-dua saksi adalah penting bagi menjelaskan isu sebenar kepada masyarakat.

“JAIS akan panggil kedua-dua saksi untuk memberikan kenyataan mengenai program motivasi itu. Saya menyeru agar saksi-saksi lain juga tampil memberi kerjasama esok.

“Saya percaya kedua-dua saksi ini boleh memperjelaskan perkara sebenar dan membolehkan kebenaran didedahkan. Ini penting agar tidak timbul kekeliruan dalam masyarakat,” katanya ketika ditemui selepas Pra Pelancaran Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Antarabangsa ke-65 di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Mohd. Na’im lagi, JAIS turut bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut dari sudut undang-undang sivil, manakala siasatan JAIS sendiri akan dijalankan mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

Terdahulu, tular di media sosial pendedahan seorang bekas peserta yang mendakwa program motivasi eHATI itu berselindung di sebalik tajuk berkaitan kebahagiaan keluarga, seni cinta suami isteri dan motivasi wanita, namun sebenarnya diselitkan dengan elemen mencolok mata serta tidak sesuai dari segi ajaran Islam.

Program tersebut dikatakan berlangsung secara tertutup di sebuah pusat konvensyen di ibu negara pada September tahun lalu dan hanya dibuka kepada peserta yang mendaftar.

BACA JUGA:  Emma Maembong pilih ‘senyap’ di media sosial demi jaga mental
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...