Ayam ‘main terjah’ punca cermin kereta pecah tiba-tiba

KONGSI

KUALA LUMPUR – Seorang wanita berdepan detik mengejutkan apabila seekor ayam secara tiba-tiba ‘menyerang’ cermin keretanya sehingga pecah, dalam satu kejadian yang sempat dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam).

Klip video kejadian tersebut telah dimuat naik ke akaun TikTok @Wa_za0309 dan kini tular, menarik perhatian ramai netizen yang terkejut dan dalam masa yang sama terhibur dengan insiden tidak dijangka itu.

“Bila mengadu cermin pecah sebab ayam, tiada siapa yang mahu percaya,” tulis pemilik akaun itu dalam kapsyen video yang dimuat naik.

ARTIKEL BERKAITAN