Bukan pesta gay, tapi program kesihatan HIV – KKM

KONGSI

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan bahawa program yang diserbu polis di sebuah banglo di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini bukanlah pesta gay seperti yang didakwa, sebaliknya merupakan program kesedaran kesihatan berkaitan jangkitan virus HIV.

Menurut beliau, program tersebut dijalankan oleh Pertubuhan Sahabat, sebuah NGO kesihatan yang beroperasi di bawah Yayasan AIDS Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Penegasan itu dibuat menerusi satu hantaran di platform X (dahulunya Twitter) pada Isnin sebagai respon terhadap gesaan netizen agar beliau mempertahankan penganjuran program tersebut yang telah disalah tafsir oleh segelintir pihak.

ARTIKEL BERKAITAN