Louis Koo curi tumpuan sebut \’Jom Sapot!\’ dalam video promosi bersama Sofyank

KUALA LUMPUR – Penampilan pelakon legenda Hong Kong, Louis Koo dalam video promosi bersama pempengaruh terkenal tanah air, Sofyank mencetuskan fenomena apabila meraih lebih setengah juta tontonan hanya dalam tempoh 12 jam selepas dimuat naik ke media sosial.

Menurut Sofyank, atau nama sebenarnya Mohamad Sofian Abdullah, 29, peluang untuk berkongsi skrin dengan idola zaman kecilnya itu disifatkan sebagai satu pengalaman yang sangat bermakna.

“Louis Koo antara pelakon yang saya tonton sejak kecil. Bila dapat satu skrin dengan dia, rasa macam mimpi jadi nyata,” katanya.

Walaupun hanya diberi 20 minit untuk sesi rakaman, Sofyank berkata semuanya berjalan lancar dengan kerjasama profesional dan semangat terbuka dari Louis Koo yang turut mencetuskan banyak idea spontan sepanjang penggambaran.

Antara detik paling mencuit hati dalam video tersebut ialah apabila Louis menyebut frasa dalam Bahasa Melayu, “Jom sapot!” dengan loghat Kantonis, mencuri perhatian ribuan netizen yang rata-rata terhibur dan memuji usaha pelakon itu mempelajari budaya tempatan.

Video berdurasi 60 saat itu diterbitkan sempena pelancaran filem terbaru Louis Koo, “Behind The Shadow”, yang menjalani penggambaran sepenuhnya di Malaysia, dan dijadual ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 12 Jun ini.

“Bila filem Cina besar begini pilih lokasi 100 peratus di Malaysia, itu satu penghormatan besar buat industri kita,” ujar Sofyank lagi, yang berharap lebih ramai pembikin filem antarabangsa membuka mata terhadap potensi bakat dan lokasi tempatan.

Filem “Behind The Shadow” yang mengangkat tema jenayah dan penyiasatan misteri, menampilkan latar menarik seperti pasar malam, jejantas, sekolah serta medan selera — sekali gus memperlihatkan sisi unik Malaysia kepada penonton luar.

BACA JUGA:  Pekerja restoran tendang gelandangan cetus kecaman netizen, desak tindakan tegas

Sambutan luar biasa terhadap video ini sekali lagi membuktikan kekuatan kolaborasi antara bakat tempatan dan ikon antarabangsa, serta pengaruh besar kandungan kreatif media sosial dalam promosi filem era kini.

Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...