Daiyan Trisha paling terhangat, borong dua trofi AMT 2025

PUTRAJAYA – Malam penuh prestij Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025 menyaksikan penyanyi dan pelakon serba boleh, Daiyan Trisha, melakar kejayaan berganda apabila diumum sebagai pemenang utama kategori Ultimate Award.

Selain menerima penghormatan tertinggi malam itu, Daiyan turut diangkat sebagai Selebriti Stailo Terhangat, memperkukuh statusnya sebagai ikon bergaya dan berkarisma dalam industri hiburan tanah air.

Acara yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu bukan sekadar meraikan populariti, malah mengiktiraf figura yang memberi dampak besar menerusi seni, budaya pop dan media sosialsecara menyeluruh.

Dalam perkembangan lain, pasangan kontroversi Bella Astillah dan Syed Saddiq berjaya mencuri perhatian apabila menggenggam gelaran Selebriti Couple Goals Terhangat, meskipun tidak membawa pulang anugerah utama seperti yang dijangka ramai.

Che Puan Sarimah Ibrahim, yang kembali aktif dengan lakonan mengesankan, mengungguli kategori Selebriti Drama Sangat Terhangat, manakala penyanyi Khai Bahar dinobat sebagai Selebriti Muzik Paling Onz & Terhangat, hasil konsistensi karya dan keakraban bersama peminat.

Personaliti digital Cik Epal mencipta ruang tersendiri dengan memenangi Selebriti Trending Terhangat, sementara Fattah Amin dan Sophia Albarakbah masing-masing mempertahankan dominasi dalam kategori Maskulin dan Feminin Terhangat.

Kemunculan pelakon baharu Zarif Ghazzi turut mencuri pentas apabila dinobat Selebriti Newcomer Terhangat, membuktikan bakat segar masih diberi tempat dalam industri yang kompetitif.

Sementara itu, drama Bru diumum sebagai Tonton Original Terhangat, dan Siti Saleha diberi penghormatan sebagai Selebriti Ikon Terhangat, menghargai perjalanan seninya yang berterusan.

Anugerah paling mengejutkan malam itu diberikan kepada Datuk Rosyam Nor, yang dinobat Selebriti Viral Terhangat, memperlihatkan keupayaannya untuk kekal relevan merentas generasi.

Malam itu turut menjadi detik manis buat penyampai radio Hot FM, Keymi, apabila berjaya memenangi Anugerah Pilihan Proton X50 Superstar dan membawa pulang sebuah kereta Proton X50 sebagai ganjaran atas kandungan kreatif yang dihasilkannya bersama jenama tersebut.

Pemenang AMT 2025 dipilih sepenuhnya menerusi undi awam dalam talian di laman web rasmi Tonton, yang dibuka dari awal Julai hingga 31 Julai lalu.

BACA JUGA:  Amir Raja Lawak tuntut bayaran RM18,000 demi rawat bapa sakit

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan eksklusif artis popular tanah air termasuk Ella, Anuar Zain, Marsha Milan dan ramai lagi, serta dihoskan dengan penuh bertenaga oleh Ain Edruce dan Fikry Ibrahim.

Sebagai peneraju program hiburan sejak tiga dekad lalu, Melodi terus mengorak langkah baharu dengan AMT sebagai wadah untuk meraikan barisan selebriti yang menjadi pilihan ramai.

Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...