Video aib gelandangan, MCMC siasat pempengaruh tak beretika

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan telah memulakan siasatan berhubung penyebaran sebuah video tular yang memaparkan sekumpulan individu dipercayai pempengaruh memberikan makanan berisi sisa kepada seorang gelandangan.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini, MCMC memandang serius perbuatan menghasilkan dan menyebarkan kandungan yang mengeksploitasi golongan terpinggir semata-mata untuk hiburan murahan, menarik tontonan serta mencetuskan keresahan awam.

“Penyebaran kandungan yang merendahkan atau menghina maruah individu bukan sahaja tidak beretika, malah mendorong kepada normalisasi budaya tidak berperikemanusiaan dalam masyarakat,” kata kenyataan itu.

MCMC turut menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.

Orang ramai turut diingatkan agar tidak memuat naik atau menyebarkan kandungan bersifat provokatif, jelik, palsu atau mengandungi unsur ancaman yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) boleh membawa hukuman denda sehingga RM500,000, penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

MCMC dalam masa sama mengulangi komitmen untuk memastikan ruang siber kekal selamat dan tidak disalahgunakan, demi mengekalkan kedaulatan undang-undang serta keharmonian masyarakat.

BACA JUGA:  Tujuh lelaki, \'Bella\' dera pemuda hingga lunyai didakwa pagi ini
Lailatul Qadrina
Lailatul Qadrina
lailatulqadrina@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...