Degil dan terus aktif, jurugambar jalanan KLCC masih beroperasi tanpa kebenaran

KUALA LUMPUR – Meskipun telah dikenakan tindakan penguatkuasaan sebelum ini, sekumpulan jurugambar jalanan dilihat masih aktif menawarkan perkhidmatan fotografi berbayar di sekitar kawasan tumpuan pelancong, KLCC, tanpa sebarang kebenaran sah daripada pihak berkuasa tempatan.

Tinjauan MYBERITA malam tadi di sekitar KLCC mendapati kegiatan ini dijalankan secara terbuka terutamanya pada waktu petang dan malam, dengan beberapa individu menghampiri pelancong asing dan tempatan untuk menawarkan khidmat bergambar menggunakan kamera digital dan telefon pintar. Caj yang dikenakan pula dikatakan mencecah RM50 bagi satu sesi singkat.

Salah seorang pelancong asing yang ditemui meluahkan kekeliruan apabila menyangka perkhidmatan itu adalah rasmi.

“Saya fikir mereka wakil agensi pelancongan. Tapi bila saya minta resit, mereka enggan beri,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, seramai 30 jurugambar jalanan telah dikenakan kompaun dalam satu operasi bersepadu oleh KL Strike Force kerana menjalankan perkhidmatan tanpa permit sah di kawasan KLCC pada Ahad lalu.

Beberapa pengamal media yang mengikuti operasi tersebut memaklumkan, meskipun berjalan lancar, berlaku sedikit kekecohan apabila salah seorang jurugambar enggan memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

Salah seorang jurugambar yang ditemui dan enggan dikenali berkata, ini merupakan kali pertama dia dikenakan kompaun.

“Siang saya kerja di kedai aksesori, malam baru datang sini cari duit lebih. Satu malam boleh dapat RM200 ke RM400. Tapi ini kali pertama kami kena saman,” katanya.

Operasi yang bermula sekitar jam 9 malam itu melibatkan pegawai dan anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Turut hadir ialah Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff.

Berdasarkan notis yang dikeluarkan, tindakan diambil mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3(1), UUK Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan 2016 yang melarang sebarang aktiviti komersial tanpa lesen sah.

BACA JUGA:  Deepika Padukone cipta sejarah, pelakon India pertama diabadikan di Hollywood Walk of Fame

Difahamkan, perkhidmatan ditawarkan menggunakan peralatan mudah alih termasuk telefon pintar, yang menyalahi peraturan kerana dijalankan di kawasan awam tanpa permit.

Sementara itu, seorang pemuda dalam lingkungan usia 20-an yang dipercayai salah seorang jurugambar terbabit menafikan dakwaan mereka mengambil kesempatan terhadap pelancong.

“Itu salah faham. Kami cuma nak cari rezeki lebih. Tak pernah pun paksa atau kenakan harga melampau,” ujarnya.

Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...