Beliau menegaskan penilaian terdahulu hanya dibuat dalam konteks permohonan kebenaran bagi prosiding komital dan tidak memberi kesan kepada perbicaraan penuh.
“Saya telah mempertimbangkan permintaan ini… ia tidak boleh dilihat melangkaui konteks tersebut,” katanya.
Terdahulu, Muhammad Shafee berhujah kenyataan hakim itu ketika menolak permohonan prosiding menghina mahkamah terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, boleh menimbulkan persepsi berat sebelah.
Bagaimanapun, mahkamah mengekalkan pendirian dan menetapkan 24 November ini sebagai tarikh sambungan perbicaraan.
Pada 4 September lalu, Alice Loke menolak permohonan Najib memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Terrirudin selepas mendapati hujahan yang dikemukakan bersifat spekulatif serta gagal melepasi tahap kes prima facie. – MYBERITA








