Polis siasat kes penunggang bergaduh, punca salah faham lalu lintas

KLANG – Salah faham ketika situasi lalu lintas dikatakan menjadi punca pergaduhan melibatkan dua penunggang motosikal di simpang tiga lampu isyarat Jalan Haji Abdul Manan, di sini, pagi tadi.

Kejadian itu tular menerusi rakaman video berdurasi lebih seminit yang memaparkan pertengkaran berlaku ketika lampu isyarat merah, sebelum seorang penunggang dilihat memukul topi keledar rakannya.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima dua laporan polis termasuk daripada Ketua Balai Polis Bukit Raja berhubung penularan video itu sekitar pukul 5.40 petang tadi.

Menurutnya, laporan polis turut dibuat oleh mangsa kejadian dan hasil siasatan awal mendapati insiden berlaku antara pukul 8 hingga 9 pagi.

“Pergaduhan dipercayai berpunca daripada salah faham melibatkan situasi lalu lintas.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menasihatkan orang ramai agar mengawal emosi ketika berhadapan situasi tegang di jalan raya kerana tindakan terburu-buru boleh menjejaskan keselamatan diri dan pengguna lain.

“Jika berlaku perselisihan faham, sebaiknya selesaikan dengan cara baik dan elakkan sebarang tindakan agresif yang boleh mendatangkan kecederaan,” ujarnya.

Beliau menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan agar menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd. Fazlan Rezza Mazlan di talian 011-10561017 atau terus menyalurkan maklumat ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di talian 03-32912222 serta mana-mana balai polis berdekatan.

BACA JUGA:  Video tular kereta kena ‘block’ sejam, wanita mengamuk tampil mohon maaf
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...