BMS 2025 catat terimaan deposit RM251.44 juta, lebih sasaran PTPTN

KUALA LUMPUR — Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2025 anjuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mencatat kejayaan cemerlang apabila menerima deposit Simpan SSPN berjumlah RM251.44 juta, bersamaan 114.30 peratus melebihi sasaran awal sebanyak RM220 juta.

Pengerusi PTPTN, Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, berkata kejayaan itu membuktikan komitmen berterusan PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam memperkukuh perancangan kewangan jangka panjang demi kelangsungan pendidikan tinggi negara.

Menurut beliau, BMS yang mula diperkenalkan pada 2018 adalah inisiatif pemerkasaan penabungan bagi menggalakkan ibu bapa menjadi “adiwira” kepada anak-anak dengan membuat perancangan kewangan sejak awal.

“Pencapaian terimaan deposit Simpan SSPN yang melebihi sasaran semasa program ini membuktikan keberkesanan strategi yang telah dirancang serta sokongan padu daripada masyarakat.

“Perkara ini turut mencerminkan tahap kesedaran yang semakin tinggi dalam kalangan ibu bapa terhadap keperluan perancangan kewangan awal bagi menjamin masa depan pendidikan anak-anak,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau turut mengajak Kerajaan Negeri, agensi kerajaan, badan korporat dan swasta menjadikan akaun Simpan SSPN sebagai pilihan utama bagi agihan bantuan kepada masyarakat.

Tambah Norliza, tahun 2025 menandakan penganjuran BMS kali kelapan, bersempena sambutan Hari Tabungan Sedunia pada 31 Oktober setiap tahun, yang disertai ibu bapa serta anak-anak dari pelbagai lapisan masyarakat.

PTPTN juga komited meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penabungan melalui pelbagai program berimpak tinggi, sekali gus memastikan akses pendidikan tinggi lebih terancang dan mengurangkan kebergantungan terhadap pinjaman pendidikan.

Simpan SSPN menawarkan pelbagai manfaat termasuk pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful percuma bagi simpanan RM1,000 ke atas, Geran Sepadan sehingga RM10,000 bagi keluarga yang layak, kadar dividen kompetitif serta jaminan kerajaan dan patuh syariah.

BACA JUGA:  USIM raikan 3,631 graduan, dua tokoh negara terima Ijazah Kehormat Konvokesyen ke-23

Maklumat lanjut mengenai Simpan SSPN boleh diperoleh melalui portal rasmi PTPTN atau aplikasi myPTPTN.

Lok Mee Wan
Lok Mee Wan
lokmeewan@portalmyberita.com

TRENDING

PPIP FC pertahan kejuaraan, unggul julang piala SCC 2026

GEORGE TOWN - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan FC (PPIP...

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...