GV12: Rahmat Ekamatra tersingkir, persembahan dianggap tiada pembaharuan

KONGSI

KUALA LUMPUR – Selepas enam minggu berdepan kritikan kerana persembahan yang dilihat kurang pembaharuan, Rahmat Ekamatra akhirnya tersingkir daripada pentas Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) pada konsert minggu ketujuh yang berlangsung malam tadi.

Konsert bertemakan Mixed-Tape itu menyaksikan Rahmat atau nama sebenarnya Engku Rahmat Engku Ismail, 57, mempersembahkan lagu Hakikat Sebuah Cinta dendangan asal kumpulan Iklim.

Namun, persembahan tersebut gagal memikat hati juri sepenuhnya meskipun terdapat sedikit perubahan berbanding minggu-minggu sebelumnya.

ARTIKEL BERKAITAN