PUO perkasa kepimpinan strategik, lahirkan pengurusan jati diri selari aspirasi Malaysia MADANI

BALIK PULAU – Politeknik Ungku Omar (PUO) terus memperkukuh agenda pembangunan kepimpinan institusi apabila seramai 72 pegawai serta ketua jabatan menyertai Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI yang berlangsung selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Januari 2026 di Pusat Latihan Kenegaraan (PLK), Balik Pulau, Pulau Pinang.

Kursus berimpak tinggi ini dianjurkan sebagai inisiatif strategik bagi memperkasakan kefahaman kenegaraan, membentuk jati diri kepimpinan serta menyemai nilai patriotisme dalam kalangan pengurusan tertinggi PUO, selari dengan teras Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan, hormat, kepercayaan dan ihsan dalam tadbir urus organisasi.

Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Ungku Omar, Norman Zamri berkata, kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan bukan hanya bergantung kepada sistem, malah dipacu oleh kepimpinan yang memiliki keupayaan kognitif tinggi, kejelasan pemikiran serta kebijaksanaan dalam membuat keputusan strategik.

“Kepimpinan yang berintegriti, berfikiran strategik dan berteraskan nilai MADANI merupakan asas kepada kelestarian organisasi. Komitmen berterusan warga kepimpinan PUO akan menjadi pemangkin kepada pencapaian yang mampan dan berdaya saing,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa penghayatan nilai Malaysia MADANI dalam kepimpinan institusi mampu memperkukuh budaya kerja yang harmoni, progresif dan berfokuskan kesejahteraan warga serta pembangunan negara.

Sepanjang penganjuran kursus, para peserta didedahkan kepada modul komprehensif merangkumi pembinaan jati diri nasional, kepimpinan strategik, pengurusan konflik, komunikasi berkesan serta pengukuhan kerja berpasukan, bertujuan melahirkan kepimpinan yang berfikiran kritis, berdaya tahan dan mampu membuat keputusan strategik dalam persekitaran pendidikan yang dinamik.

Penyertaan aktif para peserta sepanjang kursus mencerminkan kesungguhan PUO dalam melahirkan barisan kepimpinan yang berjati diri kukuh, berwawasan dan berintegriti tinggi, sekali gus menyokong agenda transformasi pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) serta pembangunan negara secara holistik.

BACA JUGA:  Eskalator MRT Pasar Seni rosak, penumpang terpaksa ‘workout’ naik tangga
Muqri Hafidz
Muqri Hafidz
muqri@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...