“Kami percaya beliau berada dalam keadaan baik. Semua pegawai kanan juga selamat,” katanya dalam wawancara bersama NBC News yang disiarkan dari Tehran.
Mengulas lanjut, Araghchi memaklumkan beliau telah menghubungi beberapa negara Teluk bagi menjelaskan pendirian Iran susulan ketegangan yang tercetus. Tegasnya, Iran tidak berniat untuk menyerang negara-negara di rantau berkenaan.
Sebaliknya, beliau berkata, tindakan ketenteraan yang dilaksanakan adalah menyasarkan pangkalan milik AS sebagai langkah mempertahankan diri.
Dalam pada itu, Araghchi memaklumkan ketika ini tiada komunikasi langsung antara Tehran dan Washington berikutan situasi tegang yang berlaku.
“Sekiranya pihak AS mahu berbincang, mereka tahu bagaimana untuk menghubungi kami. Iran sentiasa berminat untuk mengurangkan ketegangan,” katanya.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa Iran tetap terbuka kepada sebarang usaha diplomatik bagi meredakan keadaan. – MYBERITA – MYBERITA








