“Bulan puasa ni eloknya cari Allah” – Uqasha

KUALA LUMPUR – Perkongsian pelakon Uqasha Senrose di platform Threads mengenai penghayatan bulan Ramadan mencuri perhatian ramai pengguna media sosial, awal pagi Sabtu.

Menerusi hantaran tersebut, Uqasha mengingatkan orang ramai agar memanfaatkan bulan yang penuh keberkatan itu dengan mendekatkan diri kepada Allah bagi mencari ketenangan.

Menurutnya, Ramadan seharusnya dijadikan ruang untuk memperbaiki diri dan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim, bukan sekadar mencari hiburan semata-mata.

“Bulan puasa ini seelok-eloknya kita cari Allah untuk ketenangan, bukan dengan melayan sana-sini untuk gembirakan diri.

“#BorakdenganAllah #MengadudenganAllah, sekadar ingatan buat diri saya. Take a break, lunaskan apa yang wajib dalam Islam,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, pelakon yang popular menerusi drama Setelah Terlafaznya Akad itu turut berkongsi bahawa dia pernah menerima nasihat supaya mengurangkan penggunaan media sosial.

Bagaimanapun, menurutnya, nasihat tersebut wajar dijadikan peringatan untuk kembali bermuhasabah dan memperbaiki diri.

“Dulu ada orang menasihatkan saya kurangkan media sosial, tapi sekarang makin rancak dengan alasan sunyi? Balik pada Allah, muhasabah diri. Untuk saya juga, diam bukan bererti kalah.

“Allah tak tidur, selamat sahur semua,” katanya.

Perkongsian tersebut turut menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang menyifatkan nasihat itu sebagai peringatan baik sempena Ramadan.

Untuk rekod, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan pelakon Kamal Adli pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik.

Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira. – MYBERITA

BACA JUGA:  Dr Fie nafi sudah dirisik, mahu nikmati hidup bujang
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...