KUALA LUMPUR â Dakwaan tular di media sosial kononnya jenama baju Melayu Elrah bakal mengalami kerugian susulan pelantikan pelakon Fattah Amin sebagai duta disifatkan tidak berasas.
Pengasasnya, El Azman menegaskan perniagaan yang diusahakan itu sebenarnya menunjukkan prestasi memberangsangkan, malah mencatat peningkatan jualan ketara tahun ini.
Menurut beliau, pelantikan beberapa duta termasuk Fattah memberi impak positif terhadap keyakinan pelanggan selain membantu melonjakkan jualan jenama tersebut.
âTidak sama sekali. Apa yang diperkatakan di Threads itu tidak benar. Tahun ini Elrah mencatat keuntungan lebih besar berbanding tahun lalu.
âMalah, buat pertama kali dalam tempoh lima tahun operasi, jualan butik kami meningkat sehingga 100 peratus,â katanya.
Selain Fattah, Elrah turut bekerjasama dengan beberapa figura terkenal seperti Johan Ghazali, Joe Flizzow, Aya Balqis serta Arif Aiman.
Jelas El, pemilihan duta yang tepat memainkan peranan penting dalam membina kepercayaan pengguna terhadap jenama, selain memperluaskan capaian pasaran.
Mengulas mengenai Fattah, beliau menyifatkan pelakon itu mempunyai pengaruh tersendiri serta sokongan peminat yang kuat.
âApabila diumumkan sahaja sebagai duta, ramai yang memberi sokongan dan membeli produk Elrah.
âMalah, jika sebelum ini ada dakwaan boikot, keadaan itu juga semakin reda selepas pelantikan beliau,â ujarnya.
Tambahnya, Fattah juga mudah bekerjasama dan menunjukkan komitmen tinggi dalam setiap kolaborasi yang dijalankan.
Perkongsian tersebut sekali gus menepis spekulasi negatif, selain membuktikan strategi pemasaran menggunakan figura berpengaruh mampu memberi kesan positif kepada perkembangan sesuatu jenama. -MYBERITA

