Lebih 15,000 jemaah sertai Solat Aidilfitri bersama Sultan Selangor

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri bersama lebih 15,000 rakyat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Turut berangkat, Tengku Permaisuri Norashikin dan Tengku Amir Shah, dengan ketibaan mereka disambut Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Sebelum dan selepas selesai menunaikan solat, baginda berkenan beramah mesra serta bersalaman dengan para jemaah yang hadir memeriahkan sambutan Aidilfitri.

Selepas itu, Sultan Sharafuddin turut berangkat menyertai majlis santapan dan jamuan yang diadakan di Dewan Syarahan dan Muzakarah masjid berkenaan.

Tinjauan mendapati pekarangan masjid tersebut dipenuhi orang ramai seawal pagi, manakala solat sunat Aidilfitri diimamkan oleh Imam Besar masjid, Muhammad Farhan Wijaya yang bermula sekitar pukul 8.30 pagi.

Sementara itu, dalam khutbah Aidilfitri bertajuk “Syawal Permulaan Baru”, Mufti Selangor, Anhar Opir menyeru umat Islam agar terus mengagungkan Allah dengan penuh keimanan melalui lafaz takbir, tahmid serta rasa syukur.

“Jadikan bulan Syawal ini sebagai permulaan baharu untuk kembali kepada fitrah dengan meningkatkan ketaatan kepada Allah dan mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh dalam kehidupan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan umat Islam supaya mencontohi keteguhan iman Nabi Muhammad dan para sahabat dengan bersabar, bertawakal serta berani menghadapi cabaran kehidupan. – MYBERITA

BACA JUGA:  'Masing Masing' cipta rekod Asia, cecah 200 juta penstriman
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...