Difahamkan, mereka ketika itu berada di Pulau Tenggol bagi menjalani aktiviti menyelam.
Perkongsian tersebut pantas meraih perhatian netizen yang rata-rata menyifatkan aksi bermaaf-maafan di dalam air sebagai sesuatu yang unik dan jarang dilakukan.
“Bermaafan dalam air lah kak Erra, ‘rare’,” komen seorang pengguna media sosial.
Selain itu, ramai juga memuji kemesraan pasangan berkenaan yang dilihat romantik dan mencuit hati.
“Manis sangat… tidak boleh bernafas. Kenapa comel sangat ni,” ujar seorang lagi pengguna.
Untuk rekod, Erra dan Ezwan disatukan sebagai suami isteri pada 12 Disember lalu, sekali gus menjadikan sambutan Aidilfitri tahun ini sebagai Syawal pertama mereka bersama. – MYBERITA
– MYBERITA








