Jumaat, Jun 19, 2026
spot_img
HomeNASIONALPelajar tingkatan empat maut dipercayai jatuh dari tingkat tiga sekolah

Pelajar tingkatan empat maut dipercayai jatuh dari tingkat tiga sekolah

SEREMBAN – Seorang pelajar perempuan tingkatan empat dilaporkan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah sekolah menengah di kawasan ini, pagi tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi itu telah mengejutkan warga sekolah serta penduduk setempat, apabila suasana bertukar kecoh dengan kehadiran orang ramai yang berkumpul di lokasi kejadian sejurus insiden berlaku.

Seorang penduduk berusia 60-an yang tinggal berhampiran memaklumkan dia menyedari kejadian tersebut ketika dalam perjalanan pulang dari Seremban.

“Rumah saya bersebelahan sahaja dengan sekolah ini. Saya nampak ramai orang berkerumun. Tak sangka pula ada kes pelajar terjatuh,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung punca kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti keadaan sebenar insiden tersebut.

Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi sementara menunggu perkembangan lanjut daripada pihak berkuasa.

ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-spot_img