Hospital siap siaga terima mangsa nahas helikopter, operasi SAR diteruskan

Hospital siap siaga terima mangsa nahas helikopter, operasi SAR diteruskan
Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). - Foto Bernama
KONGSI

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) meletakkan hospital berkaitan dalam keadaan siap siaga sepenuhnya ketika operasi membawa keluar mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (PDU) di Sarawak diteruskan hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menurutnya, segala perkembangan di lokasi kejadian diserahkan kepada pihak berkuasa yang mengendalikan operasi berkenaan, dengan Ketua Polis Sarawak bertindak sebagai accident commander.

ARTIKEL BERKAITAN