PUTRAJAYA – Jumlah hujan luar biasa sehingga lima kali ganda berbanding bacaan kebiasaan dikenal pasti antara faktor yang menyebabkan beberapa kawasan sekitar Ampang dilanda banjir kilat petang semalam.
- Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud berkata, rekod sehingga jam 5.30 petang menunjukkan Lembah Keramat menerima jumlah hujan terkumpul tertinggi sebanyak…
- Bacaan itu jauh mengatasi paras hujan biasa sekitar 30mm, selain Kampung Berembang yang merekodkan 145.5mm dan stesen Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Ampang sebanyak…
- Secara keseluruhannya, kejadian hujan lebat pada petang semalam mencatatkan jumlah hujan terkumpul yang sangat tinggi khususnya di kawasan tadahan Ampang dan Lembah Keramat sehingga…
- Menurut Fadlun, jumlah hujan terkumpul yang tinggi di kawasan tadahan Ampang dan Lembah Keramat turut meningkatkan aliran air permukaan serta paras sungai di kawasan…
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud berkata, rekod sehingga jam 5.30 petang menunjukkan Lembah Keramat menerima jumlah hujan terkumpul tertinggi sebanyak 155.5 milimeter (mm).
Bacaan itu jauh mengatasi paras hujan biasa sekitar 30mm, selain Kampung Berembang yang merekodkan 145.5mm dan stesen Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Ampang sebanyak 133.5mm.
Secara keseluruhannya, kejadian hujan lebat pada petang semalam mencatatkan jumlah hujan terkumpul yang sangat tinggi khususnya di kawasan tadahan Ampang dan Lembah Keramat sehingga menyebabkan kejadian banjir kilat di sekitar Ampang.
“Biasa 30 milimeter, semalam lima kali ganda iaitu 155 milimeter,” katanya pada sidang akhbar selepas pengumuman Bazar Deepavali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2026, hari ini.
Menurut Fadlun, jumlah hujan terkumpul yang tinggi di kawasan tadahan Ampang dan Lembah Keramat turut meningkatkan aliran air permukaan serta paras sungai di kawasan hilir.
Keadaan itu sekali gus menyumbang kepada limpahan air dan kejadian banjir kilat di beberapa lokasi.
Semalam, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima beberapa panggilan berhubung banjir kilat di ibu negara.
Antara kawasan yang terjejas ialah Ampang, Taman U-Thant dan Jalan Ampang.
– KOSMO
