Selasa | 22/09/2026 | 8:21:00 pm
HomeSemasaGegaran rentas negeri susulan gempa 4.4 di Batu Pahat

Gegaran rentas negeri susulan gempa 4.4 di Batu Pahat

KUALA LUMPUR – Gegaran dirasai di beberapa kawasan di selatan dan tengah Semenanjung selepas gempa bumi bermagnitud 4.4 melanda perairan Batu Pahat, Johor petang ini.

RINGKASAN BERITA
  • Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan kejadian itu berlaku pada 4.55 petang dengan pusat gempa berada kira-kira 27 kilometer barat daya Batu Pahat.
  • Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor serta kawasan sekitarnya.
  • Menurut METMalaysia, pusat gempa direkodkan pada koordinat 1.7° Utara dan 102.7° Timur, manakala kedalamannya adalah 10 kilometer.
  • "Gegaran dirasai di Batu Pahat, Johor dan kawasan sekitarnya,"menurut kenyataan jabatan itu.
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan kejadian itu berlaku pada 4.55 petang dengan pusat gempa berada kira-kira 27 kilometer barat daya Batu Pahat.

Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor serta kawasan sekitarnya.

Menurut METMalaysia, pusat gempa direkodkan pada koordinat 1.7° Utara dan 102.7° Timur, manakala kedalamannya adalah 10 kilometer.

“Gegaran dirasai di Batu Pahat, Johor dan kawasan sekitarnya,”menurut kenyataan jabatan itu.

METMalaysia berkata, pihaknya akan terus memantau keadaan berikutan kejadian berkenaan dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, orang ramai yang merasai gegaran diminta mengisi borang soal selidik rasmi METMalaysia bagi membantu jabatan berkenaan mendapatkan maklumat mengenai gegaran yang berlaku.

Maklumat lanjut mengenai kejadian akan dikeluarkan sekiranya terdapat perkembangan atau maklumat tambahan.

– Berita RTM

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 22 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|