Sabtu | 03/10/2026 | 8:09:22 pm
HomeSemasaGempa bumi 3.5 magnitud berlaku di Panginatan, Ranau

Gempa bumi 3.5 magnitud berlaku di Panginatan, Ranau

RANAU – Penduduk di Ranau dan kawasan sekitarnya dikejutkan dengan gegaran susulan gempa bumi lemah yang melanda Panginatan, Sabah, pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa bumi berkenaan berlaku pada jam 10.57 pagi dengan magnitud 3.5.

Menurut METMalaysia, gempa itu berpusat pada koordinat 5.9 darjah Utara dan 116.7 darjah Timur, kira-kira 14 kilometer (km) di selatan Ranau.

“Gegaran dirasai di Ranau, Sabah dan kawasan sekitarnya,” menurut kenyataan itu.

Gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 13 km dan dikategorikan sebagai gempa bumi lemah.

METMalaysia berkata pihaknya akan terus memantau keadaan susulan kejadian berkenaan.

Orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi itu turut diminta mengisi borang soal selidik yang disediakan METMalaysia bagi membantu mendapatkan maklumat mengenai kesan gegaran yang dirasai di kawasan masing-masing. – MYBERITA

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Sabtu, 3 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|