Sabtu | 03/10/2026 | 8:09:29 pm
HomeHiburanBekas isteri Nubhan, Dr Fie kini sah bergelar tunangan orang

Bekas isteri Nubhan, Dr Fie kini sah bergelar tunangan orang

KUALA LUMPUR – Teka-teki mengenai cincin di jari manis dan foto berbaju kurung putih yang dikongsi Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek akhirnya terjawab apabila bekas isteri penyanyi Nubhan itu disahkan sudah bertunang.

Dr Fie, 36, dilaporkan mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berstatus duda dalam majlis sederhana di kediaman keluarganya di Seremban, Negeri Sembilan pada 2 Ogos lalu.

Perkembangan itu disahkan sumber terdekat doktor gigi berkenaan yang memaklumkan pasangan tersebut sudah saling mengenali dan menerima antara satu sama lain.

“Ya, dia sudah bertunang. Lelaki itu berstatus duda. Mereka saling menerima antara satu sama lain,” kata sumber berkenaan.

Bagaimanapun, tarikh pernikahan pasangan itu masih belum diketahui.

Sebelum ini, perkongsian Dr Fie di media sosial mencuri perhatian apabila beliau memuat naik beberapa foto mengenakan baju kurung moden berwarna putih sambil duduk di atas pelamin kecil.

Cincin yang tersarung di jari manisnya turut menjadi perhatian, sekali gus mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen mengenai status terkini dirinya.

Walaupun tidak memberikan penjelasan mengenai majlis berkenaan ketika itu, perkongsian tersebut mengundang pelbagai andaian dan ramai menyifatkan Dr Fie sedang menikmati fasa baharu dalam kehidupannya.

Terdahulu, Dr Fie dan Nubhan disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor pada Disember 2025 selepas hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu, pasangan terbabit dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aaffan, 7, dan Afzan Nayille, 4. – Berita Harian

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Sabtu, 3 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|